Recent Posts

Sunday, July 15, 2012

0 comments

Cerita Lawak : Guru Kaunselling Yang Terlampau



Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab..

"Okey.. boleh saja...!"

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...

"... Sebenarnya saya adalah penjaga gol!"

Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak 
( Labels: , , ) Read more
0 comments

Cerita Lawak : Muntah



Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.

“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.

“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak 
( Labels: , , ) Read more
0 comments

Orang Asli



Cerita ini berlaku disatu perkampungan orang asli sewaktu sekumpulan askar datang membuat rondaan di kampung itu..Tiba2 sekumpulan askar itu terjumpa sungai..Ditepi sungai itu ada 3 orang asli yang sedang asyik menghisap rokok surya..Askar ini sebenarnya lapar dan mahu menangkap ikan di dalam sungai itu untuk dipanggang..Seorang daripada askar itu pun menghampiri 3 orang asli itu untuk memberitahu yang hajatnya mahu menangkap ikan di dalam sungai itu..Yer la kan..Kena la minta izin dulu..Mane la tahu ada buaya dalam sungai tu..haha..

Askar : Tok..Banyak tak ikan dalam sungai ini???

Belum sempat askar itu nak tanya soalan yang ke-2,orang asli itu menjawab dengan slumber..

Orang asli : Entahlah..kalau encik nak tahu pergi la turun kira...
( Labels: , , ) Read more
0 comments

Cikgu Bahasa Inggeris



Ada La Seorang cikgu bahasa inggeris baru dipindahkan kat sebuah sekolah.. maka bermula lah hari pertama cikgu tu mengajar di sekolah tersebut..

Cikgu: "how are you today?"

budak2 dalam kelas tu dengan yakinnya pun menjawab secara beramai2,

Budak2: "today is monday"

Kesudahannya.. cikgu tu mengajar murid2nya dengan muka merah sebap tahan gelak...
( Labels: , , ) Read more
0 comments

Si penjual telur






Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.


Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"


Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"


Pembeli: "Telur ayam."


Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"


Pembeli: "Ayam biasa."


Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"


Pembeli: "Yang tempatan."


Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"


Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).


Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"


Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"


Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

( Labels: , , ) Read more
Best viewed on firefox 5+

Perhatian...

Segala bahan yang terkandung didalam Blog ini adalah melalui perkongsian maklumat diantara pengguna internet di seluruh dunia.

Kekitaan yang erat tiada yang berat

NetworkedBlogs

Copyright © Design by Dadang Herdiana